• Mandian Herba Aura

Herba Mandian Aura  merupakan produk herba persediaan tradisional yang digunakan untukmandi selepas bersalin. Mandian herba ini diformulasi khas untuk membantu mengembalikan kesegaran badan wanita berpantang. Mandian herba lepas bersalin dimulakan dari hari pertama berpantang dan dilakukan sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu berpantang. 

Antara daun herba yang digunakan adalah:

  1. Daun Capa/Sembung (blumea balsamifera)
  2. Daun Meringan
  3. Daun Serai Wangi (cymbopogon nardus)
  4. Daun Cemumar (micromelum punescens)
  5. Daun lamuni (vitextrifolia var negundo)
  6. Daun Senduduk (melastoma malabathricum)
  7. Dan lain-lain

Kebaikan:

  • Sangat mudah digunakan kerana dipek dalam uncang khas.
  • Berfungsi mengembalikan kesegaran dengan mengurangkan sengal pada sendi dan saraf akibat daripada proses kelahiran.
  • Membantu melancarkan peredaran darah serta membuang angin dalam badan.
  • Sebagai aromaterapi untuk menghilangkan stress.
  • Juga sebagai persediaan mandian bagi individu yang mengalami demam panas
  • Herba mandian ini di pek dalam bungkusan yang lebih moden supaya anda mudah menggunakannya sewaktu berpantang (hanya rebus uncang herba di dalam air panas dan anda sedia untuk mandi).
  • Setiap uncang boleh digunakan lebih dari sekali atau sehingga pati atau warna atau aromanya hilang.
Kandungan/Berat:
Setiap kotak mengandungi 3 x 50g 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Mandian Herba Aura

  • Product Code: SB 004
  • Reward Points: 35
  • Availability: In Stock
  • RM39.90
  • RM35.90

  • Price in reward points: 359

  • 3 or more RM33.33